????????? Alunan Munajat – haikal

???? : Alunan Munajat

?????? : haikal

????????? :

Alunan munajat berkumandang

Menusuk persada jiwa

Bergemalah suara azan

Mendayu memuji Ilahi

Ke mana hilangnya kesedaran

Hilang taqwa runtuhnya iman

Jiwa dicemari kealpaan

Kegelapan menemani insan

Gemersik bak desiran ombak

Membelah badai menghempas pantai

Begitulah perjuangan ini

Perlu teguh iman dan ukhwah

Bagai abid perintis sayu

Merintih memohon restu

Pengharapan penuh syahdu

Di dalam alunan munajat

Istiqamah diperindahkan

Menegak syiar yang suci

Semoga bersinar kembali

Fajar gemilang di ufuk hati

Lagu : M. Fazli

Lirik : M. Fazli

Gubahan : Haikal

Muzik : Ali Hj Yassin

O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd

S.P. : BMG Music Publishing

Be the first to like.
loading...