เนื้อเพลง dia muhammad – inteam

เพลง : dia muhammad

ศิลปิน : inteam

เนื้อเพลง :

Awwalul kalam dengan salam

Buat junjungan Khairal Anam

Dalam selawat yang disulam

Alun zikir memuji Sohibul ’Alam

Lembaran sirah pun berperi

Riwayat insan yang terpuji

Bersalasilah para nabi

Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad

Itu nama yang tersurat

Dalam Injil juga Taurat

Apatahlagi kitab Al-Quran

Dia Muhammad

Penutup sekalian nabi

Penyampai risalah suci

Islam agama yang diredhai

Dari gelita jadi cahaya

Dari derita jadi bahagia

Kerana dia pembawa rahmat

Kerna dia jua pemberi syafaat

Ahmad

Itu nama yang tersurat

Dalam Injil juga Taurat

Apatahlagi kitab Al-Quran

Dia Muhammad

Penutup sekalian nabi

Penyampai risalah suci

Dia pembela di mahsyar nanti

هو محمّد

هو خاتم النّبوّة

هو بالغ الرِّسالة

هو سيِّدنا وإمامنا

Dia Muhammad

Dia tauladan utama

Sunnahnya jaminan syurga

Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina

Hatta dihunus pedang kuffar durjana

Namun baginda beralah tiada

Kerna percaya Allah tetap bersamanya

Lagu : Frizdan(Inteam Records)

Lirik : Frizdan(Inteam Records)

Hakcipta : Inteam Records

Penerbit : Frizdan

Susunan Muzik : Along Exist

Perkusi : Ijan ASK

[ Telah diedit oleh: Administrator pada 27-03-09 09:41 ]

Be the first to like.
loading...