เนื้อเพลง insan bernama kekasih – unic

เพลง : insan bernama kekasih

ศิลปิน : unic

เนื้อเพลง :

Debar hatiku membisik rindu

Ingin aku katakan kau gadis idaman

Adakah mungkin kau kumiliki

Untuk aku jadikan insan bernama kekasih..

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman

Bersulamkan keindahan santun perkataan

Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan

Mengusir segala resah di jiwa

Kusampaikan salam ucapan mesra

Dan merisik khabar berita

Masihkah ada peluang

Untuk ku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba

Mendengar khabaran darinya

Padaku kau memendam rasa

Pada Mu oh Tuhan

Ku memohon keredhaan

Nur kasih yang ku damba

Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya

Moga dipeliharakan tulus cinta kita

Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya

Dengan lafaz pernikahan yang mulia..

Datanglah kasihmu dalam diriku

Menghiasi ruang hatiku

Akan kusambut dia dengan

Sujud penuh kesyukuran

kuharap jalinan kian berkepanjangan

selagi kasih yang terbina

kelana cinta kepadanya

kau ku sayangi teman sejati

dikaulah sesungguhnya

insan bernama kekasih….

Be the first to like.
loading...
LINE it!