เนื้อเพลง Segenggam Tabah – In Team

เพลง : Segenggam Tabah

ศิลปิน : In Team

เนื้อเพลง :

Bertali arus dugaan tiba

Menakung sebak airmata

Namun tak pernah pun setitis

Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara

Suratan nasib yang melanda

Menongkah badai bergelora

Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja

Patah sayapnya tetap terbang jua

Sekadar secicip rezeki

Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan

Buat bekalan di perjalanan

Kau bebat luka yang berdarah

Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu

Derita buatmu ada hikmahnya

Terlukis senyum di bibir lesu

Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu

Mungkinkah jernih di muara

Biarpun jenuh hidup dipalu

Pasti bertemu tenangnya

Be the first to like.
loading...
LINE it!