เนื้อเพลง Hakikat bahagia – unic

เพลง : Hakikat bahagia

ศิลปิน : unic

เนื้อเพลง :

Bahagia itu dari dalam diri

Kesannya zahir rupanya maknawi

Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati

Bertakhta di kerajaan diri

Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa

Mahkota di singgahsana rasa

Bahagia itu adalah suatu ketenangan/kasabaran

Bila susah tiada gelisah

Bila miskin syukur pada Tuhan

Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman

Ketahuilah dengan mengingati Allah

Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran

Bila kaya jadi insan pemurah

Bila berkuasa amanah

Bila berjaya tidak alpa

Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu

Adalah ketenangan

Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti

Maksud terseni Ilahi

Itulah zikir yang hakiki

Be the first to like.
loading...