เนื้อเพลง damai yang hilang – nowseeheart

เพลง : damai yang hilang

ศิลปิน : nowseeheart

เนื้อเพลง :

Tercalar pelangi dihiris gerimis

Senja pun merangkak menutup mentari

Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran

Bumi yang merekah disirami darah

Kemelut melanda tiada kesudahan

Kemusnahan bermaharajalela

Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya

Yang lemah longlai tak lagi bernyawa

Jeritan suara batinnya

Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji

Terbayarkah dengan nyawa dan darah

Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang

Kini yang tinggal hanya ketakutan

Musnah kasih sayang dan persaudaraan

Tandus akhlak dan keimanan

Menyemai persengketaan

1 person likes this post.
loading...