เนื้อเพลง Lilin seorang guru – in-team

เพลง : Lilin seorang guru

ศิลปิน : in-team

เนื้อเพลง :

Pernah langkah ku payah

Menuju ke destinasi

Kerana malam gelap

Dan bintang hilang kerdipnya

Menjadikan arah ku keliru

Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri

Menerangi kegelapan hati

Kau curahkan bakti dan budi

Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah

Dia memimpin tanganku

Melangkah satu persatu

Dan mencipta jejak impian

Menjadikan arahku jelas

Aku harus ke hadapan

Ohoo’¦ aku kini rindu

Pada satu nama yang berjasa

Tuhan, beri kekuatan

Untuk mendidikku selamanya

Ku pohon restu kasih-Mu

Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia

Di bibirnya ada kalimah

Yang bergetar saban waktu

Sambil tangan menggenggam lilin

Lilin yang tiada terpadam

Menerangi hidupku kini

Be the first to like.
loading...